JULAI 2024

Belia Dalam Parti PBB Perlu Fahami Perjuangan Premier Sarawak


LAWAS: Golongan belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diharap menjadi pendokong perjuangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, amat penting belia parti memahami perjuangan Premier Sarawak yang juga Yang di-Pertua Parti PBB.

"Apabila mereka faham semua ini mereka akan menjadi satu tenaga penggerak dalam usaha melonjakkan pembangunan di Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Armada Pemuda Parti PBB Zon Utara di Stadium Tertutup Lawas, di sini, kelmarin.

Awang Tengah menjelaskan melalui program ini Sayap Pergerakan Pemuda Parti PBB mendekati belia berusia 18 hingga 28 tahun dan  mendedahkan kumpulan belia ini dengan politik parti dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang membawa keadilan untuk semua.

Program itu juga dihadiri Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB merangkap Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukarisman Awang Sauni dan ADUN Machan Allan Siden Gramong, Ketua Pemuda Parti PBB Bakelalan merangkap Exco Pemuda Parti PBB, Steve Lius bersama Mohd Nazrul Hisham Tengah.